Bukit Singa Hiking

Inilah salah satu keunikan pulau kapas,walaupun di pulau tapi masih dapat lakukan aktiviti hiking. Itulah apa yang ditawarkan di Pulau Kapas ini di mana korang boleh mendaki Bukit Singa !

Bukit Singa diberikan nama sedemikian kerana jika dilihat dari bahagian sisi, ia kelihatan seperti kepala seekor singa. Ia telah menjadi salah satu daripada mercu tanda Pulau Kapas.

Untuk melakukan aktiviti hiking, kami sarankan korang untuk memakai pakaian yang sesuai sekurangnya memakai selipar atau kasut yang sukar tercabut dari kaki. Hal ini kerana terdapat banyak permukaan dan juga batu yang agak licin dan tajam.

Menariknya di puncak Bukit Singa ini adalah, korang mampu untuk melihat keindahan Pulau Kapas dari sudut yang berbeza. Korang pasti akan terpukau dengan pemandangan pulau dan lautan yang luas terbentang dari puncak bukit ini. Sangat sesuai untuk aktiviti daytrip Pulau Kapas korang.

Pelancong Akan Dibawa Menaiki Bot Ke Tapak Permulaan Aktiviti Ini :
📌 Dinasihatkan Pelancong Untuk Memakai Kasut Atau Selipar Yang Sukar Untuk Tertanggal
📌 Aktiviti Ini Sesuai Untuk Disertai Oleh Kebanyakan Orang Yang Sihat Tubuh Badan Tapi Tidak Memerlukan Seseorang Yang sangat “Fit” Kerana Laluan Ke Bukit Singa Tidaklah Begitu Mencabar
📌 Jika Ingin Mengambil Gambar Yang Indah Dan Lain Daripada Yang lain,Bukit Singalah tempatnya,Pelancong Akan Ditemani Oleh Pemandu Pelancong Kami Yang Berpengalaman