Korang boleh mendapatkan perkhidmatan bot Kapas Marine untuk melakukan aktiviti island hoping atau mengelilingi pulau kapas.
Bagi aktiviti ini korang bakal dibawa ke destinasi shark point iaitu lokasi yang mempunyai ikan jerung yang banyak, melihat kawasan tebing yang berbentuk hati ,melawat gua kelawar dan melawat blue lagoon yang terletak di belakang pulau kapas.
Walaupun destinasi untuk island hoping ini tidak begitu banyak, tetapi ia cukup untuk membuat korang terpesona dengan keajaiban alam ini.
Korang juga berpeluang untuk menyaksikan panorama Pulau Gemia yang dikenali sebagai pulau mewah di Kuala Terengganu.

Ada dua cara untuk sampai ke blue lagoon. Cara yang pertama adalah melalui jalan laut dengan menaiki bot untuk sampai ke blue lagoon.Korang boleh dapatkan tiket untuk ke sana melalui syarikat bot berpengalaman seperti Kapas Marine .
Cara kedua adalah dengan melalui jalan darat iaitu jungle trekking merentasi tengah pulau untuk sampai ke sana.Cara ini hanya disyorkan kepada korang yang sudah ada pengalaman meredah hutan tetapi kami lebih syorkan untuk menaiki bot sahaja. Selain ke blue lagoon,korang juga boleh melawat dan melihat sendiri apa yang ada di sekeliling pulau kapas !

📌 Aktiviti Round Island Sangat disyorkan Kepada Para Pelancong Yang Belum Pernah Melihat Keseluruhan Dua Pulau
📌 Pelancong Akan Dibawa Untuk Menjelajah Ke Seluruh Pulau Kapas + Pulau Gemia Menaiki Bot Yang Disediakan Dan Juga Akan ke Blue Lagoon
📌 Pelancong Akan Dibenarkan Bergambar dan Snorkeling Disini Bergantung Kepada Keadaan Cuaca