Trip Marine Park Point (Snorkeling)

Pelancong Akan Dibawa Menaiki Bot Ke Taman Laut Yang Berada Di Sekitar Pulau Kapas dan Gemia .
Pemandu Pelancong Kami Akan Mengawal dan Memberi Panduan Untuk Melakukan Aktiviti Snorkeling Dan Memastikan Keselamatan Pelancong Terjaga.
Aktiviti Ini Boleh Di Sertai Oleh Semua Lapisan Umur Termasuk Anak-Anak Kecil. Disini juga terdapat Pantai “Kapas Marine Park” Yang Sesuai Untuk Melakukan Aktiviti Di Pantai Seperti Sukan Dan BBQ.

Pulau Kapas merupakan di antara lokasi yang popular untuk aktiviti ini di yang Malaysia. Bukan peminat aktiviti ini dari dalam negara sahaja yang datang. Ramai juga yang datang dari luar negara.

Disini, ada beberapa lokasi untuk korang melakukan snorkeling dan scuba diving. Kapas Marine menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk korang melakukan aktiviti tersebut.

Ditambah pula dengan kejernihan air lautnya dan variasi hidupan laut yang ada seperti terumbu karang, pelbagai spesis ikan, belut laut, sotong besar, landak laut, kerang besar dan macam-macam lagi menjaminkan sebuah pengalaman yang menyeronokkan.

Setiap pengunjung yang pernah menyelam di sini begitu berpuas hati dengan ribuan ikan dan terumbu karang yang menyapa mereka di dasar laut.

Tambahan pula, jika bernasib baik korang boleh beramah-mesra dengan penyu yang kadang2 muncul diperairan pulau kapas !